||**KELAS TAMBAHAN TINGKATAN TIGA & LIMA BERJALAN SEPERTI BIASA||

LAMAN RASMI FANPAGE SEMESKA

Sunday 27 January 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia

Pada hari Ahad lepas berlangsungnya Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia bagi kawasan DUN Paka.  Dua buah sekolah terlibat dalam penyerahan ini iaitu SMK Seri Paka dan SK Paka III.  

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Zakaria @ Ariffin bin Abdullah.  Hampir semua ibubapa dapat menghadirkan diri di majlis ini.  




Sebahagian guru yang terlibat dengan pendaftaran


Sebahagian hadirin yang hadir

Ketibaan Yang Berhormat En. Zakarian @ Ariffin bin Abdullah diiringi wakil dari PPD,
En. Mustafa

Bacaan doa dari wakil guru SK Paka III, dan kata alu-aluan dari wakil PPD dan
 Yang Berhormat.


Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan bermula



Wajah-wajah ceria yang menerima Bantuan Pesekolahan 2013

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday 26 January 2013

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

IKHLAS DARI :
~WARGA SEMESKA~

Thursday 17 January 2013

Kejohanan Merentas Desa Part I


Pada 17/01/2013 Smk Seri Paka telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Acar ini telah disertai oleh semua murid SMKSP mengikut rumah masing-masing. 


Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan (warming up) yang diketuai oleh adik Mustaqim dari 5Rushd. 


Seterusnya acara melepaskan pelajar, disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Seri Paka, Encik Kamaruddin diiringi oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Fatimah binti Mat Jusoh





Semua pelajar diberi taklimat ringkas dari pengurus kejohana sebelum sesi pemanasan bermula


Saat-saat pelajar bersedia dilepaskan mengikut kategori masing-masing bermula dengan pelajar lelaki, Antara kategori yang dipertandingkan : Kategori Lelaki 13 tahun, Lelaki bawah 15 tahun, Lelaki bawah 18 tahun.


Giliran pelajar perempuan .


Antara guru-guru yang terlibat menjaga check point merentas desa




- Posted using BlogPress from my iPhone

Kejohanan Merentas Desa Part II

Larian yang bermula pada pukul 8.30 pagi, berakhir lebih kurang pada pukul 10.30 pagi.  Acara penyampaian hadiah untuk semua pemenang diadakan pada setengah jam yang berikutnya setelah selesai semua pelajar berehat.

Acara penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Tuan Pengetua diikuti oleh PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum.

Hadiah akan diberi mengikut pencapaian masa terbaik pelajar.  Hadiah merupakan pingat disediakan untuk pelajar yang mendapat kedudukan pertama sehingga lima belas yang terbaik mengikut catatan masa.





Kategori istimewa 















- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 15 January 2013

Kempen Membaca Hari-Hari

Minggu lepas PSS Sekolah telah memulakan Kempen Membaca Hari-Hari untuk semua murid.

Kempen ini bertujuan menggalakkan semua murid Smk Seri Paka membaca. Program ini akan berlangsung pada waktu rehat murid selama satu jam iaitu bermula jam 10:20 sehingga 11:20 pagi setiap hari.

Antara bahan bacaan yang disediakan ialah buku pelbagai fiksyen, bukan fiksyen, suratkhabar dan majalah pelbagai genre.

Dua orang Pengawas Pss diberi tanggungjawab untuk memastikan kempen ini berjalan dengan lancar.




~papan tanda yang dipasang pada ruangan astaka~



~Suratkhabar yang disumbang oleh guru-guru sekolah~




~ Antara buku-buku yang diletakkan~




~Semoga kempen ini akan terus mendapat sambutan di kalangan warga Semeska.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 13 January 2013

Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan 4

Minggu Orientasi bagi tingkatan 1 dan 4 telah diadakan pada hari kedua persekolahan. Bermula dengan orientasi pelajar untuk tingkatan 1 pada 02/01/2013 sehingga 04/01/2013. Antara intipati orientasi adalah pengenalan kepada Lagu Sekolah, penerangan Peraturan-Peraturab Sekolah,mengenali Bilik-Bilik Khas dan Sessi Perkenalan dengan semua warga guru Semeska.

Bagi tingkatan 4 orientasi dimulakan dengan pengenalan subjek baru kepada para pelajar. Setiap pelajar kemudian dibahagikan mengikut aliran yang telah ditetapkan mengikut keputusan PMR 2012.

Kedua-dua orientasi ini telah dijayakan oleh kaunselor Semeska iaitu En. Mohd Fauzi b Mat Jusoh dan Y.M Pn. Tg. Suzana.


Orientasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 yang dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah En. Mohd Fauzi bin Jusoh


Sebahagian pelajar yang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan



Slot bersama Tuan Pengetua : Pn. Hjh. Fatimah bt Mat Jusoh

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 yang dikelolakan oleh YM. Pn. Tg. Suzana 

Sebahagian pelajar tingkatan 1 yang terlibat dengan orientasi





- Posted using BlogPress from my iPhone

Mesyuarat Agung Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan&Permainan

Minggu lepas (07-10/01/2013) telah diadakan Mesyuarat Agung kali pertama bagi Kokurikulum.

Bermula dengan Mesyuarat Agung bagi semua Badan Baruniform pada hari Isnin (07/01/2013) diikuti dengan Persatuan pada keesokkan harinya.

Perjumpaan mesyuarat telah diadakan pada pukul 1 tengahari. Semua pelajar akan bergerak ke tempat yang telah ditetapkan olrh Setiausaha Kokurikulum : Pn. Hamidah bt Ariffin.







- Sebahagian pelajar yang terlibat dalam perjumpan Badan Beruniform : Persatuan Bulan Sabit Merah

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 9 January 2013

Majlis Perpisahan Pn. Zawiyah bt Othman



Hari ini berlangsungnya Majlis Penyerahan Cenderahati kepada salah seorang kakitangan Semeska iaitu Pn. Zawiyah Othman .Beliau telah bertugas sebagai pembantu makmal selama 9 tahun. Mulai minggu hadapan beliau akan bertugas di tempat baru iaitu di kampung halaman beliau sendiri,Besut,Terengganu.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada beliau.



- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...