||**KELAS TAMBAHAN TINGKATAN TIGA & LIMA BERJALAN SEPERTI BIASA||

LAMAN RASMI FANPAGE SEMESKA

Sejarah Sekolah


PENGENALAN


SMK Seri Paka merupakan sekolah yang dibina bagi memenuhi tuntutan pendidikan semasa, selaras dengan matlamat pendidikan Negara.  Memandangkan di Mukim Paka hanya mempunyai sebuah sekolah menengah dan pertambahan jumlah pelajar di peringkat menengah semakin meningkat maka terlahirlah SMK Seri Paka.

NAMA SEKOLAH :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PAKA

TARIKH DI BUKA :

1 Jun 2002

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SEKOLAH HINGGA SEKARANG :

Smk Seri Paka merupakan sekolah menengah kedua di Mukim Paka, Dungun.  Sekolah ini mula dibuka pada 1 Jun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Jun 2002 dengan bilangan pelajar hanya 80 orang.  Pelajar-pelajar generasi pertama SMK Seri Paka sebahagiannya adalah pecahan daripada pelajar yang sedia ada dari sebuah sekolah menengah lain di Paka ini.  Pada ketika itu, SMK Seri Paka belum lagi menerima kehadiran Pengetua, maka jawatan Pengetua telah dipangku oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Hjh. Fauziah binti Harun dengan dibantu oleh 16 guru yang terdiri dari tiga (3) orang guru lelaki dan tiga bela (13) guru perempuan.

Diawal pengoperasian sekolah ini, hanya tenam (6) kelas sahaja dibuka, iaitu dua kelas tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat.  Bilangan pelajar kian bertambah pada tahun 2003, dan membolehkan semua tingkatan beroperasi sepenuhnya.  Dengan pertambahan bilangan pelajar sehingga 223 orang, dan bilangan guru seramai 22 orang, sekolah ini berjaya beroperasi dengan sempurna bagi merealisasikan pendidikan Negara.  

Bilangan pelajar kian bertambah dari semasa ke samasa.  Pada tahun 2004, bilangan pelajar terus bertambah.  Namun begitu, pertambahan pelajar ini masih belum memenuhi kapasiti sebenar yang boleh diambil oleh SMK Seri Paka.  Pada tahun ini juga, aliran baru iaitu aliran Sains Tulen dan Teknikal diperkenalkan untuk pelajar tingkatan empat.

Pada tahun 2005, dengan adanya sistem sempadan yang diperkenalkan oleh PPD Dungun, SMK Seri Paka telah mengalami perubahan yang agak drastik dari segi bilangan pelajarnya yang meningkat sekali ganda menjadikan jumlah besarnya seramai 420 orang iaitu 224 orang pelajar lelaki dan 202 orang pelajar perempuan.  Manakala, bilangan guru telah bertambah sehingga 33 orang.  Bilangan kelas turut mengalami pertambahan iaitu 16 kelas telah dibuka untuk tingkatan 1, 3 kelas untuk tingkatan 2 dan 2 kelas untuk tingkatan 3 dan 5.

Pada tahun, bilangan pelajar semakin meningkat.  Bilangan pelajar yang telah mendaftar pada 2013 ialah seramai 525 orang.  Terkini, jumlah kelas keseluruhan adalah 20 buah dengan diterajui seramai 42 orang guru.  SMK Seri Paka juga telah diberi mandat untuk membuka kelas Pembelajaran Khas (PKBP) sebanyak 2 buah kelas.  Kelas PKBP ini adalah dibawah selian 4 orang guru pendidikan khas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...