||**KELAS TAMBAHAN TINGKATAN TIGA & LIMA BERJALAN SEPERTI BIASA||

LAMAN RASMI FANPAGE SEMESKA

Saturday 16 February 2013

Mesyuarat PIBG kali ke-10

Pada Sabtu (16/02/2013) minggu lepas Mesyuarat PIBG SMK Seri Paka telah diadakan untuk yang kali yang ke-10.  Mesyuarat ini bermula pada jam 2:30 petang.  Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Matulidi bin Jusoh (ADUN Dungun).Seramai lima puluh orang ibubapa yang menghadiri mesyuarat PIBG ini. 

Ketibaan YB Datuk Matulidi bin Jusoh ini disambut dengan paluan kompang yang oleh Pasukan Kompang SEMESKA.  Setiba sahaja, beliau membuat lawatan hormat kepada barisan pasukan beruniform.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muzaffar Zikri dari kelas 5 Ibnu Qayyim.


Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Tuan Pengerusi En. Mat Yuna (YDP PIBG).  Sebanyak enam usul dibentang,dibincang dan dibahas dalam mesyuarat kali ini.  Antaranya ialah ibubapa memohon agar laluan pejalan kaki disediakan bumbung.  

Mesyuarat berakhir sekitar 6.30 petang.  


Sekitar pendaftaran ibu bapa dan guru



 Sebahagian pelajar yang terlibat dengan kompang  dan pasukan beruniform

Ketibaan YB Datuk Matulidi bin Jusoh ke Dewan AL-Ghazali






Ucapan kata alu-aluan oleh YB Datuk , YDP PIBG dan Tuan Pengetua

Para ibubapa menjamu selera petang sementara menunggu mesyuarat bermula


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Kamaruddin dan sebahagia ibubapa yang hadir .



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...