||**KELAS TAMBAHAN TINGKATAN TIGA & LIMA BERJALAN SEPERTI BIASA||

LAMAN RASMI FANPAGE SEMESKA

Saturday 2 February 2013

Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidurasul  peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Januari 2013 (Khamis). Bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" sambutan telah dimulakan dengan taklimat ringkas dari Penyelaras Majlis, Ustazah Kalsom.  Pelajar-pelajar diberi taklimat tentang perjalanan program yang bakal berlangsung sepanjang sambutan ini.

Sebagai menghormati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, pelajar-pelajar akan berselawat dan berarak bermula dari perkarangan dataran kejap SMK Seri Paka sehingga Masjid Hadhari, Paka. 

Pelajar akan berarak mengikut rumah sukan masing-masing

Setiba mereka di Masjid Hadhari, semua pelajar akan bersiap sedia untuk mendengar ceramah sempena Maulidurasul.  Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Othman bin Che Yusof, dari SK Paka. 

Sekitar ceramah berlangsung



Sekitar sambutan Maulidurasul : Pelajar berarak sambil berselawat ke atas 
Nabi Junjungan Muhammad S.A.W

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...